Header Ads Widget

payup

Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan (2022) [Eng Sub]

JustForex Sinopsis
Filem ini berlatar akhir abad ke-19 di sebuah petempatan di Pahang. Ketika ini, sekumpulan pihak British yang diketuai pembesar British, Kapten Syers sambil diiringi oleh Toga, seorang pembunuh upahan British asal Borneo serta sekumpulan tentera British Sikh sedang memburu tiga orang pahlawan atas kesalahan khianat. Akan tetapi, serbuan ini bertukar ganas, dengan para tentera membunuh penduduk begitu sahaja, memaksa ketiga-tiga pahlawan untuk menyerah diri sebelum dihantar ke tahanan. Pada masa ini, pihak British mula mengeksploitasi sumber bumi Pahang, dan merancang untuk meluaskan kuasa mereka. Tujuan dan cara perluasan kuasa British yang disifatkan melampau merisaukan para pembesar tempatan, dan dengan itu, mula menentang British. Di Pulau Tawar, Mat Kilau dan rakan-rakannya sedang menjalani latihan bersama rakan-rakannya. Kerana skil pertempuran yang hebat, ini menandakan bahawa Mat Kilau dan rakan-rakannya bersedia untuk menentang British. Mereka kemudian datang ke rumah Usup untuk mempelawa Usup menyertai pasukan mereka, tetapi ditolak kerana ingin menjaga ayahnya yang keuzuran. Sementara itu, di sebuah kawasan perlombongan emas Kuala Tembeling, para pahlawan ditahan dibawa ke penjara British. Perbincangan para pembesar Melayu untuk melantik ketua pahlawan Melayu menentang pihak British menjadi tegang, sehingga Mufti Bottoqh membuat keputusan untuk mengadakan perlawanan satu lawan satu antara Mat Kilau dan Mat Lela. Setelah usai perlawanan, Mat Kilau, anak Tok Gajah, dipilih para pembesar sebagai ketua pahlawan, tetapi rakannya, Awang naik angin kerana tidak dipilih. Bertitik tolak daripada itu, Mat Kilau dan Awang mula bertengkar dan berpisah. Ketika berpisah, Awang terserempak dengan pihak tentera British yang sedang memunggah bekalan senapang. Sementara itu, Wahid pula mengalami konflik dengan isterinya, Rokiah yang sarat mengandung kerana ingin berdamping dengan Mat Kilau berbanding isteri.

Sementara itu, pihak British mula melaksanakan sistem percukaian baharu di kawasan taklukan, dengan kutipan dilakukan para tentera. Namun begitu, kadar percukaian adalah di luar kemampuan mereka sehingga para tentera bertindak memeras ugut penduduk. Ketika itu, Mat Kilau datang lalu menyerang para tentera seorang demi seorang. Akan tetapi, Awang pula tiba dan bertengkar dengan Mat Kilau sehingga Syers kepeningan atas apa yang terjadi. Syers kemudian mempelawa rakan saudagar, Goh Hoi untuk memujuk seorang pembesar tempatan, Pak Deris, bapa Mamat yang ditahan British, untuk menjadi pengintip British, dengan jaminan bahawa anaknya akan dibebaskan.

Toga mendapat maklumat bahawa orang yang membuat kacau di jeti adalah Mat Kilau dan beliau berasal dari pulau Tawar. Selepas kejadian di jeti, British mula memburu Mat Kilau, tetapi membawa kepada konflik yang mengorbankan warga tempatan. Mat Kilau muncul sekali lagi dan menyerang tentera sehingga Syers dan Toga hampir dibunuh. Walau bagaimanapun, Awang pula datang lalu menyuruh Mat Kilau untuk melepaskan Syers, dengan hujah bahawa membunuhnya hanya akan memburukkan keadaan. Kemudian, sedar akan kelengkapan persenjataan British, Awang dan rakannya berhasrat untuk merampas senjata mereka secara sulit untuk memperoleh kelebihan, tetapi ditentang Mat Kilau oleh kerana risiko lanjut yang boleh melanda. Meskipun begitu, rampasan tetap dilakukan dan berjaya. Rampasan itu membuatkan Syers naik angin, dan dengan ini, satu serangan besar-besaran dilancarkan, dengan jeti dan petempatan berdekatan dibakar. Tentera British kemudian menyerbu rumah Wahid, dan Rokiah terbunuh dalam serbuan itu. Menyesal atas impak serangan balas tersebut, Awang memohon maaf kepada Mat Kilau atas perselisihan selama ini, dan mereka pun bersatu semula.

Wahid menyerang dan membunuh beberapa tentera British, tetapi tidak berjaya akibat ditumpaskan tentera-tentera lain. Usup datang ke persembunyian Mat Kilau dan membuat keputusan untuk menyertainya. Kemudian, Mat Kilau dan rakannya menyerbu senyap-senyap pada waktu malam ke sebuah kem British untuk selamatkan rakannya yang ditahan Toga. Gaya serbuan pada awalnya bersifat selinap lalu bertukar menjadi serangan terbuka. Para tentera cuba menyerang, tetapi sukar mengalahkan mereka disebabkan oleh gaya pertempuran mereka. Wahid yang dilepaskan bertempur dengan orang kanan Toga. Di luar pula, pahlawan lain sedang berusaha menumpaskan para tentera, tetapi Usup telah menjadi tawanan kepada Toga, menarik perhatian Mat Kilau dan rakannya yang lain. Toga kemudiannya membunuh Usup dengan mengelar lehernya. Setelah seketika, mereka berundur ketika lebih banyak tentera British tiba. Mat Kilau, rakannya serta beberapa orang penduduk tempatan bersembunyi di sebuah gua untuk melakukan persiapan pertempuran serta berjanji sumpah. Sementara itu, Mat Kilau cuba memujuk penduduk tempatan untuk menyertai perjuangannya, tetapi ditentang kuat oleh kerana kacau-bilau yang terbit susulan perjuangannya. Pada masa itu juga, kesangsian timbul bahawa ada pembelot dalam kalangan mereka, dengan Pak Deris akhirnya disyaki, sehingga Pak Deris dikepung para pahlawan sebelum dipujuk sesuatu. Pak Deris kemudiannya dilihat dibawa ke pangkuan British, dan memberitahu tempat persembunyian pihak Mat Kilau. Mat Kilau menasihati Yang Chik untuk menjaga anaknya dan bersembunyi di dalam gua sehingga semua selesai.

Selepas itu, Syers dan tenteranya tiba di tempat persembunyian Mat Kilau, dengan para tentera diarahkan masuk ke belantara dan mencari para pahlawan. Namun begitu, setiap tentera terbunuh oleh perangkap sulit pihak Mat Kilau, dengan tentera tunggal yang terselamat berjaya pulang ke Syers untuk melaporkan hal ini. Dengan itu, Syers memulakan pertempuran terbuka terhadap mereka. Tanpa disangka, banyak penduduk tempatan tiba-tiba muncul melawan lalu mewujudkan pertempuran besar. Ketika itu, Pak Deris membongkar bahawa beliau telah memperdaya Syers ke dalam perangkap mereka, dengan Syers naik angin sebelum menembaknya. Selepas seketika, Syers melarikan diri daripada pertempuran itu. Sementara itu, Mat Kilau bertarung satu-lawan-satu dengan Toga, dan disertai rakannya kemudian sebelum akhirnya dibunuh jua. Pada akhirnya, pertempuran dimenangi warga tempatan, dan selepas itu, Mat Kilau berpesan kepada yang masih hidup bahawa kekuatan sebenar orang Melayu bukanlah pada kebudayaan mereka, tetapi pada Allah.. Saksikan seterusnya...
Leave a Comments if you found any dead link. | Tinggalkan Komen jika anda menemui sebarang pautan yang rosak

Play Tube

Post a Comment

0 Comments