Header Ads Widget

payup

The Big Four (2022)

Sinopsis

Filem The Big Four ini merupakan filem original Netflix bergenre aksi komedi dari Indonesia, yang ditulis dan diarahkan oleh Timo Jah janto. Ianya mengisahkan tentang 4 orang pembunuh upahan terdiri daripada Topan (lakonan Abimana Aryasatya), Alpha (lakonan Lutesha), Jenggo (lakonan Arie Kriting) dan Pelor (lakonan Kristo Immanuel). Yang mana mereka terpaksa 'bersara paksa' apabila mentor mereka, Petrus (lakonan Budi Ros) dibunuh kejam oleh bekas anak muridnya. Mereka kemudiannya membawa diri dan menjalani kehidupan masing-masing secara bersendirian di pulau Bersi.

Selama 3 tahun akhirnya, mereka bertemu semula apabila seorang anggota polis bernama Dina (lakonan Putri Marino), detektif yang lurus orangnya dan memegang teguh prinsip sebagai anggota polis. yang juga dia merupakan anak perempuan kepada Petrus, telah datang ke Pulau Bersi untuk menjejaki pembunuh Ayahnya. Dina telah mendapati ayahnya (iaitu Budi Ros) selama ini meninggal secara misteri. Selama 3 tahun itu juga dia berusaha mengungkap misteri kematian ayahnya dengan mengikuti berbagai petunjuk yang ditemukannya, sehinggakan membawa Dina ke sebuah pulau yang bernama Pulau Bersi. Kedatangan Dina ke pulau itu juga telah menarik perhatian Antonio (lakonan Martino Lio), iaitu orang yang bertanggunjawab menyebabkan kematian Ayahnya, (Petrus).

Di sana, Dina telah mendapati informasi tentang sisi lain ayahnya yang selama ini tidak diketahuinya. Dimana ayahnya ternyata merupakan pemimpin kelompok pembunuh upahan yang memiliki banyak murid. Situasi semakin sulit kerana kehadiran Dina dikesan oleh musuh lama ayahnya. Di samping itu, Dina juga bertemu dengan empat murid ayahnya yang kini telah pun bersara. Apakah yang terjadi selepas itu?...
Leave a Comments if you found any dead link. | Tinggalkan Komen jika anda menemui sebarang pautan yang rosak

Play Tube

Post a Comment

0 Comments